Monday, March 21, 2011

Kasih ayah dan ibu..

Kasih ayah dan ibu..

nazam: kasih ayah dan ibu

ibu mengandung 9 bulan
lebih dan kurang tak ditentukan
lahirkan dikau berapa kesakitan
berpantang pula minum dan makan

cukuplah masa sampai ketika
lahirlah engkau ke dalam dunia
barulah suka ibu dan bapa
kepada engkau sangat kasihnya

harap ibumu bukan sedikit
tinggilah harap darinya bukit
lama ibumu merasa sakit
9 bulan tidak berbangkit

setelah kamu sudahlah ada
siang dan malam ibumu jaga
tidurpun tidak barang seketika
makan dan minum tidak berasa

berapalah dian dengannya tanglung
diangkat dituam lalu dibedung
sudahla jaga lalu didukung
kasih dan sayang tidak tertanggung

tidaklah tentu siang dan malam
bangun memangku di dalam kelam
terkejut jaga di tengah malam
tidurpun tidak lekat di tilam

rela ibumu menanggung hutang
kain dan baju tidak dipandang
basah diampai kering dipinggang
didukung galas tidak berengggang

kenang ayahmu anak bangsawan
barang katanya jangan dilawan
ibu bapamu hubungan Tuhan
baru sempurna anak budiman

hai segala anaknya adam
kasihnya ibu tiada sempadan
kasihnya ayah rela berkorban
badan dan nyawa jadi taruhan

Thursday, March 17, 2011

Aurah....

Makin lame makin teruk rasanya fasion muslimah pada hari ini...tak tau la nak cakap camne..pakai tudung tapi baju bole nampak susuk badan tu kire tutup aurah ke??pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek tu tutup aurah ke?? anak-anak gadis dan wanita zaman sekarang perlu di ajar balik cara berpakaian yang betul dalam Islam..jadi jangan la salah kan lelaki semata-mata jika awak tu kena gangguan seksual..cermin juga diri kita wahai kaum hawa..

Sakit hati

terasa sakit hati semalam...sakit hati, marah, geram, benci dan tak tau lagi nak express camne perasaan ni..huh..tak pernah rasa sakit hati camni sekali..tapi haruskah aku merasainya kerna dia seorg pendidik??berkatkah ilmu yang aku belajar jika ada rasa begini dalam diri ku??Ya Allah apa yang patut aku buat??hanya padamu ku memohon pertolongan..Bantulah hambaMU ini...Amiinn..

Tuesday, March 15, 2011

Sedih...

Apalah salah kami sekeluarga sapai ditekan tiap2 hari..kesian mak..mak terlalu terasa denagn keluarganya sendiri...sebagai ank yang sulung..rasa macam nak marah je orang yang sanggup melukakan ummi kesayangan ku ..mak adalah ibu terbaik bagi kami adik beradik..takde siapa dapat tanding kesabaran dan kecekalan ummi ku..Ya ALLAH pelihara dan lindungila ummi ku sayang...

Monday, March 14, 2011

Cikgu..Oh...Jurutera...

Sejak jadi guru part time ni..rasa seronok lak mengajar..adakah profession guru yang aku minat???atau menjadi seorang jurutera bioteknologi seperti apa yang sedang aku belajar sekarang....hmmmm..dilema di buatnya..dah nak masuk tahun akhir ni...akan datang aku dah nak gi praktikal..tak kan masih samar2??? Ya Allah berilah petunjuk kepada ku..kemana minatku..dan apa harus aku lakukan.....

Wednesday, March 9, 2011

Ya Allah..berkatila hubungan kami..lindungilah kami dibawah payung hidayah dan makfirahmu...kerana aku amat menyayangi dan mencintai hambamu..Muhammad Zu Nur Afnan Jamaly..Amiinn..