Saturday, September 27, 2008

SELAMAT ULANG TAHUN ABAH....


SEMALAM GENAPLA UMUR AYAHDAKU TERSAYANG YANG KE 4....
MOGA ABAH SENTIASA SIHAT JASMANI DAN ROHANI.....
BANYAK MELAKUKN AMAL IBADAT...
DIMURAHKAN REZEKI.....
YANG PENTING SEKALI....
AKAK SAYANG SANGAT KAT ABAH......HUHU....

LAILATUL QADAR

"LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID," KATA ABAH SEPARUH

MEMERINTAH.

AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKU

IKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN.

NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPAS

KENYANG BERSAHUR.

AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA.

GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJID

BERADA DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID. AJAIB.

ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU. AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKAN

KE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIR

AKU.

"KENAPA?" TANYA ABAH.

"LAILATUQADAR," KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH.

"KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?"

TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.

"DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TU

KUBAH TU DORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH," SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI.

KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. TERIMA SAHAJALAH. JANGAN

MELAWAN. KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNG LAGI. AKU

CUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA.

Monday, September 15, 2008

Ramadhan kembali lagi...

Ramadhan...Ya...Ramadhan....
Dah pertengahan bulan Ramadhan....
Apela yang aku buat di bulan yang mulia ini...
Apakah amaln yang buat sepanjang bulan ini...
Ya Allah...
adakah aku mengerti fadilat disebalik bulanmu yang mulia???
Adakah aku dapat merasai nikmat malam lailatul qadar???
Entahla.....

Sunday, September 14, 2008

Kenapa Orang Melayu Makan Menggunakan Tangan?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan
itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu
budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana
mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan
orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang
rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah
rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini
dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja
Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat
di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off"
oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika
semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku
Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu,
beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya...
......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku
Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan
tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan
lebih
sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh
orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

  • Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu
sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu
itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

  • Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya
hanya saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang
lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

  • Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak
pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis
melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu
masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan
tersebut.... ..........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan
orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada
rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ......... ..