itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu
budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana
mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan
orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang
rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah
rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini
dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja
Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat
di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off"
oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika
semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku
Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu,
beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya...
......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku
Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan
tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan
lebih
sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh
orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
- Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu
itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.
- Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang
lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
- Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis
melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu
masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan
tersebut.... ..........
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan
orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada
rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ......... ..
No comments:
Post a Comment