Sunday, January 18, 2009

marilah...semua..

Salam kepada semua kaum muslimin moga anda sentiasa diberi
> hidayah dan dirahmati.
>
> Wahai kaum muslimin, bangunlah kalian dari tidur yang lena
> di atas tilam beralaskan hiburan dunia, sedarlah wahai kaum
> muslimin yang mana mengakui bahawa “tiada tuhan selain
> Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Tahukah kalian
> bahawa ketika kalian sedang saja bermesra bersama keluarga
> dan sanak-saudara, terdapat keluarga di satu kawasan yang
> mana mereka tidak dapat bermesra dan bermanja seperti mana
> kalian dan bahkan mereka ada yang sudah tidak mempunyai
> anak, ayah atau ibu lagi. Tahukah kalian bahawa ketika
> kalian sedang saja menjamu selera bersama keluarga dengan
> hidangan yang enak dan lazat, terdapat keluarga di satu
> kawasan yang mana mereka tidak punya makanan satu pun untuk
> dijamu bersama. Tahukah kalian bahawa ketika kalian sedang
> saja berehat di dalam rumah yang besar dan indah, terdapat
> keluarga di satu kawasan yang mana mereka tidak langsung
> mempunyai rumah atau tempat berlindung. Tahukah kalian
> bahawa kini Negara mereka dan tanah air
> mereka sedang diceroboh, ladang-ladang tanaman mereka
> sedang dirompak, rumah-rumah mereka sedang dimusnahkan,
> anak-anak mereka sedang dibunuh dengan zalim,
> sekolah-sekolah mereka telah dirobohkan, bantuan ubatan
> telah disekat, bekalan makanan telah di halang dari sampai
> kepada mereka dan mereka sedang hidup dalam keadaan tersiksa
> dan kesusahan.
>
> Tahukan kalian bahawa kini si kaum penceroboh dan terlaknat
> sedang saja melakukan gerakan perompakan dan pemusnahan yang
> teramat zalim dan kejam di abad ini dan bahkan yang terzalim
> diseluruh abad di dalam Negara kaum muslimin, mereka
> meratakan rumah-rumah serta ladang-ladang, mengebom sekolah
> dan masjid, menembak anak-anak kecil, wanita dan orang tua
> tanpa belas kasihan, dan membuatkan si punyai Negara dalam
> keadaan pelarian di negaranya sendiri. Tahukah kalian bahawa
> si anak haram menteri luar Israel Livne mengatakan “kami
> bangga kerana dapat membunuh anak-anak Palestin dan kami
> bangga kerana berjaya membedil Gazza” Tahukah kalian akan
> semua ini?.
>
> Tempat itu bernama Palestin dan keluarga itu adalah mereka
> umat Islam di Palestin. Umat Islam Palestin adalah umat yang
> mengakui selanjutnya.

No comments: