Thursday, June 16, 2011

KES HESTERIA DAN PENGAJARANNYA (Kisah Benar Yang Terjadi Pada Seorang Penulis). Renung-renungkanlah,,,

OGOS 2009 , ia menandakan sudah sebulan aku mengikutiperkembangan masalah histeria melibatkan lebih 30 pelajar di sebuah sekolah disemenanjung tanah air (maaf, tak perlu sebut nama tempat. saya tidak mahulokasi saya dan SHAHi dikesan 'sesetengah orang'). Masalah itu bermula sejakApril 2009 dan terus berlarutan sehingga Ogos tanpa penyelesaian sertapenjelasan yang kukuh. Malah, ia berlaku setiap hari.

Pelbagai teori muncul dari mulut penduduk-penduduk setempatdalam menghuraikan punca sebenar masalah itu tercetus. Guru-guru juga tidakterlepas daripada mengutarakan teori-teori mengenai punca terjadinya seranganhisteria di sekolah itu.

Aku pula yang selalu hadir memantau bagi mendapatkan bahanberita di sekolah itu juga tidak terlepas daripada membuat tanggapan terhadappunca berlakunya histeria itu. Tanggapan yang aku buat pula hanya bersandarkankepada teori-teori penduduk setempat dan guru-guru sekolah itu.

Disebabkan selalu sahaja berita mengenai kejadian itu tersiar didada akhbar, nama aku mula menjadi tumpuan sejumlah bomoh, pengamal perubatantradisional, pakar psikologi, pakar psikiatri dan pakar perubatan alternatif.Mereka semua tidak putus menghubungi aku, ada yang mahu menghulurkan bantuankepada pelajar sekolah malang itu, ada pula yang hanya sekadar mahu tahu ceritasebenar dan ada pula bomoh palsu yang hanya mahu mempergunakan aku untuk meraihglamer di dada akhbar.

Bahkan, ada juga seorang psikik dari Indonesia yang datangmenemui aku untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar mangsa histeria disekolah itu. Psikik itu ternyata seorang psikik, aku sudah mengujinya denganmodul aku sendiri. Namun, dia juga tidak berjaya memulihkan keadaan di sekolahitu. Histeria terus berlarutan.

Sepanjang memantau keadaan di sekolah itu, aku sempat menemuibeberapa pelajar untuk ditemubual sebagai responden berita. Melalui temubualitu, pelajar-pelajar memberitahu aku bahawa mereka ternampak beribu-ribumakhluk hitam merayap di atas tanah, di lantai bilik kelas, di atas siling, dipapan hitam dan sebagainya.

Ada pula yang besar setinggi bangunan tiga tingkat, ada yangkecil, ada yang seperti budak, ada seperti perempuan, ada juga seperti lelaki,semua makhluk itu berwajah hodoh. Ada juga seperti seorang nenek yang gemarmemanjat di belakang pelajar sekolah itu sehingga menyebabkan merekaterbongkok-bongkok menampung beratnya makhluk seperti nenek itu. Nenek itusangat gemar menunggang manusia.

Malah pelajar sekolah itu turut beritahu aku bahawa merekapernah mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat di sekolah itu untuk memohonperlindungan Allah daripada gangguan makhluk halus. Menurut seorang pelajarperempuan yang menceritakan perkara itu kepada aku, dia beritahu bahawa diadidatangi nenek tadi semasa sedang membaca Yassin. Nenek itu sedikit pun tidakgentar dengan bacaan al-Quran. Nenek itu dengan wajah bengis membisikkan ketelinga pelajar itu: La ila, La ila, La ila.. yang bermaksud Tiada tuhan, tiadatuhan, tiada tuhan.. sebanyak berkali-kali dengan suara menakutkan. Pelajar ituketakutan ketika tiada siapa melihat perkara yang dia sedang lihat ketika itu.Dia kemudian diserang histeria ketika majlis doa selamat itu.

Namun, kisah itu tidak aku laporkan dalam laporan akhbar keranaberasa kekok untuk menceritakan semuanya dengan terperinci. Kini, dengan ikhlasaku lapor kepada pembaca blog ini semua.

Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menamatkan episod histeriadi sekolah itu, sudah berpuluh-puluh juga bomoh dan pengamal perubatantradisional datang tampil untuk membantu tetapi gagal. Pada masa yang samajuga, berpuluh-puluh lagi menelefon aku untuk menyatakan mereka mahumenghulurkan bantuan. Kemudian setiap panggilan telefon seterusnya, aku mintamereka berhubung terus dengan pengetua sekolah. Aku sudah penat melayan merekasemua kerana aku juga ada tugas lain yang harus disempurnakan.

Kemudian pada September, seorang alim dari Perak menghubungiaku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ku (bukan nama sebenar) danmenyatakan kesediaannya untuk membantu pelajar sekolah itu menyelesaikanmasalah histeria. Katanya, dia bukan pengamal perubatan, dia juga bukan bomoh,dia hanya mahu membantu. Keikhlasannya terpancar jelas walaupun kami hanyabercakap melalui telefon pada ketika itu. Aku setuju, kemudian aku menghubungipengetua sekolah itu dan menyatakan niat murni Pak Ku.

Selang dua hari selepas itu, Pak Ku tiba di sekolah itu dan mahuberjumpa dengan aku untuk menyatakan terima kasih atas bantuan yang akuberikan. Aku tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah itu untuk melihat prosespengubatan yang dilakukan Pak Ku. Aku hanya menunggu dari luar pagar.

Aku ingin melihat, lalu aku telefon pembantu Pak Ku menggunakanVideo Call 3G dan aku menyaksikan pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Biasa sajakaedah pengubatan Pak Ku, tak ada yang istimewa. Hanya sekadar membaca ayatal-Quran dan menghembus pada segelas air, lalu dipercikkan ke ubun-ubun pelajaryang terkena histeria.

Beberapa jam kemudian ketika aku sedang duduk di luar pagarsekolah, aku lihat Pak Ku mengekori seorang pelajar perempuan yang sedang dalamkeadaan histeria (sampuk). Budak perempuan itu membawa Pak Ku ke satu kawasandan menuding jari ke arah satu sudut. Kemudian dari jauh aku lihat Pak Kuberubah menjadi sedikit terkejut dengan benda yang ditunjukkan budak perempuanitu kepadanya. Pak Ku membaca sesuatu dan menyapu kepala budak itu dengan air,budak itu rebah dan kemudian dipapah guru-guru wanita. Budak perempuan ituadalah murid terakhir yang disembuhkan pada hari itu.

Pak Ku kemudian bertemu semua ibu bapa pelajar berkenaan danmenyampaikan pesanan mengenai cara mengelak anak mereka diserang lagi pada masaakan datang. Apabila kelihatan seperti selesai semuanya, Pak Ku melangkahkeluar dari pagar sekolah dan bertemu dengan aku.

Dah beres ke Pak Ku? aku tanya.

Belum. Malam ini, Pak Ku nak hang ikut Pak Ku. Itu pun kalauhang tak ada urusan lain malam ni. kata Pak Ku dalam dialek Perak Utara.

Insya-Allah. Lagipun isteri dan anak saya ada di kampung harini. Boleh saja nak ikut Pak Ku, tapi pukul berapa nak jumpa? aku balas.

Kita jumpa solat Maghrib sama-sama nanti di masjid depan tu. kata Pak Ku.

Menjenguk dari luar tingkap

Malam itu selepas selesai solat Maghrib, Pak Ku berpesan kepadaaku supaya menjaga wuduk supaya tidak terbatal. Pak Ku juga berpesan supaya akuberniat dalam hati untuk terus pergi ke masjid untuk menunaikan Isyak apabilatiba waktu.

Pak Ku membawa aku ke belakang sekolah itu, dia duduk di sebelahkanan aku dan pembantunya di sebelah kiri aku.

Pak Ku nak tunjuk satu perkara kat hang. Tapi Pak Ku pesan,jangan langkah ke depan atau ke belakang. Tetap berdiri tegak, janganbergerak-gerak. Banyakkan bertasbih dan jadikan hati tak sabar nak menunaikanIsyak pula selepas ini. pesan Pak Ku.

Aku mengangguk tanda faham walaupun aku sebenarnya kurang fahamtujuan Pak Ku. Kemudian Pak Ku membaca ayat-ayat suci al-Quran dan diakhirisodaqollah-hul-azim.

Pak Ku kemudian melafazkan:

Kamu juga makhluk Allah. Kami juga makhluk Allah, tapi kamikhalifah yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya,kitab-kitab-Nya dan semua janji-janji-Nya. Aku berserah kepada Allah, Mahapencipta yang menciptakan kamu dan kami. Perlihatkan anak Adam ini dengan duniakamu, dengan kalimah La-ila-ha-illallah. lafaz Pak Ku.

Selepas kata-kata itu dilafazkan, terlihat seperti ada tingkap.Semakin lama, semakin luas bukaannya. Aku lihat ada perempuan cantikmenanggalkan pakaiannya satu persatu di depan mataku. Kemudian aku sayup-sayupterdengar suara Pak Ku berulang kali memesan jangan melangkah walau setapak. Terdengarsuara Pak Ku begitu jauh sekali walaupun hakikatnya Pak Ku hanya duduk beberapainci di sebelahku.

Aku lihat ada dunia di belakang wanita itu. Ramai jugadayang-dayangnya yang cantik-cantik. Ada juga ular jinak berlingkar-lingkardi kaki wanita yang sudah tidak berpakaian itu. Aku tetap berpegang kepadapesanan Pak Ku, jangan bergerak walau setapak.

Kemudian aku terdengar suara wanita itu seperti dia berbisik ketelingaku walaupun bibirnya sedikit pun tidak bergerak: Kamu manusia yangmenginginkanku, aku berikan segala yang kamu mahu, melangkahlah ke arah ku ,itu bisikan yang menyusup deras ke pangkal jiwa, sekadar yang aku masihingat.

Perlahan-lahan, wajah wanita muda itu bertukar hodoh. Ular jinaktadi pula semakin ganas seperti mahu membaham aku.

Sayup-sayup, aku terdengar satu suara seperti memanggil-manggiljiwaku. Suara itu sebati dengan niatku sebelum itu. Tingkap itu terus tertutupsedikit-demi sedikit, sempat juga terlihat anak-anak kecil berlari menyusupmasuk ke tingkap yang sedang tertutup itu. Terasa belakangku ditepuk, akudengar suara Pak Ku membisikkan dua kalimah syahadah di telingaku. Kemudian,aku terasa seperti terjaga daripada lena.

Pak Ku kemudian membaca sesuatu dan melontar beberapa ketul batubersama pembantunya ke arah kawasan yang aku menghadap tadi.

Jom kita pergi sembahyang Isyak, itulah peringatan Pak Kusebaik aku terjaga.

Selesai solat Isyak, Pak Ku menceritakan perkara sebenar kepadaaku. Menceritakan mengenai perkara yang aku lihat sebentar tadi tetapi tidakfaham.

Pak Ku suruh hang jaga wuduk supaya hang tak disentuh makhluktadi. Pak Ku suruh hang kuatkan azam untuk tunaikan solat Isyak supaya azanIsyak yang hang dengar tadi itu dapat panggil jiwa hang daripada terus terbuaidengan godaan syaitan. Niat untuk tidak mahu tinggalkan waktu Isyak itulah yangmenguatkan jiwa hang.

Jiwa hang terpanggil oleh azan tadi disebabkan hang niat naksolat dengan ikhlas. Syaitan tak mampu goda manusia kalau manusia tu ikhlas.Itu senjata kita kata Pak Ku.

Yang tadi tu syaitan? aku tanya.

Ya. Itu syaitan yang sangat benci manusia dan selalu mahumenyesatkan manusia. Dia (syaitan) berusaha untuk goda dengan cara tadi(menjelma wanita berbogel) sebab dia tahu isteri hang tak ada di rumah. Sebabdia tahu hang rindu isteri hang.

Tapi mujur hang tak melangkah walau setapak. Sebab kalau hangmelangkah walau setapak tidak kira ke depan atau ke belakang pada masa tu, hangakan melangkah masuk ke dunia dia. Kita manusia ni dilarang masuk ke dunia dia(syaitan). Yang hang tengok tadi cuma dari luar pintu. Hang tak masuk pun dalamdunia tu., kata Pak Ku.

Tapi, kenapa Pak Ku buat macam tu. Saya tak mintak pun Pak Kutunjuk semua tu kat saya, aku menyoal.

Pak Ku buat macam tu sebab Pak Ku nak bagi peluang hang tengokapa yang sebenarnya ada di belakang sekolah ni. Sebab Pak Ku yakin, hang takkanmelangkah masuk. Atas sebab tu Pak Ku bagi peluang kat hang, kata Pak Ku.

Sebelum saya sedar tadi, ada benda macam budak-budak kecilberlari masuk ke situ. Apa benda tu? Lepas tu, apa yang Pak Ku lontar batu? akutanya lagi.

Itu juga syaitan, jin. Lontar batu tu sebagai tanda benci kepadasyaitan, tapi tak sama macam melontar di Mekah. Lontar tu sebagai amaran supayadia jangan ganggu anak Adam lagi. Makhluk-makhluk kafir tu lari masuk ke duniadia selepas dengar azan Isyak. Pak Ku pilih waktu antara Maghrib dengan Isyaksebab waktunya pendek. Kalau Pak Ku ambil waktu antara Isyak dengan Subuh, itunampaknya hang kena tahan godaan dalam tempoh yang lama. Lagi pula kalau wudukterbatal antara waktu yang panjang tu, maka lagi senanglah dia nak goda.

Pak Ku buat ni sebab dapat rasa yang hang ni susah nak percayakat bomoh-bomoh tipu yang hanya nak ambik kesempatan atas hang untuk glamer disurat khabar. Pak Ku buat ni sebagai nak bagi hadiah atas kesudian hang bagipeluang kat Pak Ku untuk tolong budak-budak ni. Terima kasih sebab percayadengan niat Pak Ku. Tak perlu tulis cerita Pak Ku cuba ubati budak-budaksekolah ni dalam surat khabar, jelas Pak Ku.

Kemudian Pak Ku beritahu aku, dia tidak mengubat orang. Diahanya mahu menolong budak-budak sekolah itu yang mahu belajar dan terganggusetiap kali ada kejadian histeria. Dia tidak pandai mengubat orang, dia hanyamenyuruh benda itu balik ke dunia mereka. Itu saja. Kata Pak Ku, dia tidakpandai mengubat saka, dia juga tidak pandai mengubat santau, tetapi dia bolehmelihat dan berunding dengan makhluk-makhluk itu. Tetapi juga, dia hanya bolehberunding dengan makhluk-makhluk halus yang tidak ada perjanjian dengan manusia.Aku sukar mempercayainya, tetapi Pak Ku sudah buktikan kepada aku. Itukelebihan yang Pak Ku ada.

Kes selesai

Seminggu kemudian, masalah histeria itu berakhir. Jika ada yangtertanya-tanya bagaimana isu histeria di sekolah itu berakhir, Pak Ku lah orangyang menamatkannya dengan izin Allah. Aku pula sudah tidak perlu lagiberulang-alik ke sekolah itu untuk melapor berita yang aku sudah bosanmenulisnya setiap hari. Aku sudah boleh memberi tumpuan kepada berita-beritalain terutama berita jenayah yang sangat aku suka tulis.

Pengalaman itu juga membuktikan bahawa azan mempunyai kuasadalam mensejahterakan jiwa. Wuduk juga mempunyai kuasa sebagai perisaipertahanan diri daripada godaan syaitan. Niat yang mahu ke jalan Allah jugamempunyai kuasa yang akan menjadikan jiwa sebati dengan segala suruhan-NYA.Semua itu akan berkoordinasi dengan harmoni dalam tubuh manusia, menjadikankita sedar tujuan kita diciptakan. Aku sudah merasainya, tapi sukar untuk akubuktikannya.

Sekali lagi, tidak ada bukti logik dalam perkara kuasa azan,wuduk dan niat. Tetapi, suara azan lah yang memanggil jiwa aku supaya sedardengan niat aku sebelum itu. Ketika azanlah aku melihat ada anak-anak berlarimenyusup masuk ke alam itu. Aku juga tidak paksa pembaca semua percaya, mungkinada yang kata ini hanya cerita karut. Jika karut bagi anda, maka terpulanglah.

--

Jangan pernah takut setiap kali melihat syaitan, jin atauhantu&makhluk-makhluk itu akan tersenyum bangga apabila mengetahui manusia berasalebih takut kepada mereka melebihi rasa takut kita kepada Allah.

Hanya takut kepada Allah&

No comments: